Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19 ragut lebih 2,000 nyawa di AS

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat melebihi 2,000 orang pada Sabtu, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.

Kes jangkitan pula meningkat kepada 121,117 manakala 961 pesakit sembuh.

Kebanyakan kematian dilaporkan di New York iaitu seramai 626 orang diikuti Washington (136) dan New Jersey (86).

Jumlah korban di seluruh dunia melebihi 30,000 orang dengan Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal negara paling banyak mencatatkan kematian.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.