P Pinang tutup pasar Kompleks Sri Aman Paya Terubong
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menutup operasi Kompleks Sri Aman di Paya Terubong dekat George Town berkuat kuasa semalam setelah pengunjung yang hadir ke pasar itu gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari segi jarakan sosial.
MBPP dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa pihaknya memandang serius ketidakpatuhan itu dan mengambil langkah serta-merta dengan menutup pasar berkenaan.
"MBPP akan terus memantau aktiviti perniagaan di seluruh kawasan di bahagian pulau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pasar, pasar raya dan premis perniagaan yang tidak mematuhi PKP," menurut kenyataan itu.
Sejak semalam, tular di media sosial kehadiran orang ramai di pasar itu malah pengunjungnya turut dilihat tidak mematuhi jarakan sosial ketika mengunjungi pasar tersebut untuk membeli barang keperluan dan mereka juga dilihat berkumpul untuk bersembang.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai