649 ditahan ingkar PKP setakat semalam - Menteri pertahanan
Bilangan individu yang ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih tinggi dan sehingga semalam, sejumlah 649 individu telah ditahan, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding Jumaat lepas yang menyaksikan 320 orang ditahan.
“Daripada 649 individu itu, seramai 73 orang telahpun dituduh di mahkamah dan mengaku bersalah namun didapati masih ramai yang ingkar.
“Polis telah diberi kebenaran untuk mengambil tindakan tegas, antara yang akan dilakukan segera ialah kompaun selain tindakan membawa mereka ke mahkamah,” katanya dalam sidang media harian di Kuala Lumpur hari ini.
Ismail Sabri berkata sebanyak 997 sekatan jalan raya diadakan semalam yang menyaksikan 310,938 kenderaan telah diperiksa berbanding lebih 200,000 pada hari sebelumnya.
"Angka itu menunjukkan masih banyak kenderaan berada di jalan raya, sebab itulah pemeriksaannya sekali ganda lebih banyak daripada hari sebelumnya,” kata beliau.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai