Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Kuarantin di Itali dilanjutkan

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Langkah kuarantin yang dikuat kuasa di seluruh Itali tiga minggu lalu untuk membendung wabak Covid-19 akan dilanjutkan, kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza, lapor agensi berita Sputnik.

"Hari ini, negara kita masih menjadi pusat krisis. Kita tidak boleh kurangkan langkah pencegahan. Langkah itu akan berakhir pada 3 April dan ia pasti akan dilanjutkan," kata Speranza ketika muncul di stesen televisyen Rai 2 pada Ahad.

Beliau berkata kerajaan akan bermesyuarat pada Isnin untuk membincangkan mengenai langkah kuarantin itu.

"Kita masih perlu berkorban. Kita memerlukan lebih banyak masa," ujarnya.

Itali menjadi pusat terbaru penularan wabak Covid-19 di Eropah. Sehingga 17:00 GMT pada Ahad, negara ini mencatatkan lebih 97,000 kes jangkitan dan lebih 10,700 kematian.

- Bernama