Skip to main
Logo Malaysiakini

Trump: AS tidak tanggung kos keselamatan Putera Harry, Meghan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL l Presiden Donald Trump pada Ahad berkata Amerika Syraikat (AS) tidak akan menampung kos untuk melindungi keselamatan Putera Harry dan isterinya, Meghan semasa mereka berada di AS, lapor agensi berita Anadolu.

Trump berkata demikian selepas laporan mengatakan pasangan itu tiba di Los Angeles, California.

"Saya rakan dan peminat Ratu & United Kingdom. Dilaporkan Harry dan Meghan, yang melepaskan gelaran diraja, akan menetap di Kanada. Kini mereka meninggalkan Kanada untuk ke AS.

“Namun, AS tidak akan membayar kos perlindungan keselamatan mereka, mereka perlu bayar!" kata Trump di Twitternya.

Menurut laporan majalah hiburan, Meghan Markle mendapat kerja dengan Disney, dan mungkin akan berpindah ke Los Angeles bersama Harry dan anak mereka, Archie.

Pasangan itu pada Januari mengejutkan dunia dengan berita melepaskan gelaran diraja dan menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.

Harry dan Meghan, yang sebelum ini dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex, tidak akan menggunakan gelaran diraja bagi tujuan rasmi dan tidak dianggap mewakili anggota keluarga diraja.

Kerajaan Kanada bulan lalu mengumumkan kerajaan akan membayar bagi melindungi pasangan itu yang memutuskan untuk menetap di Kanada.

- Bernama