Skip to main
Logo Malaysiakini

Pemandu, kelindan lori barang runcit maut kemalangan

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pemandu dan kelindan lori yang membawa muatan barangan runcit maut apabila kenderaan lima tan tersebut terbabas di bahu jalan sebelum terbalik di Jalan Kelawat, Kota Belud, kira-kira 60 kilometer dari Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam kejadian kira-kira jam empat petang itu, pemandu lori, Radzli Nampak, 35, dan kelindan, Mahathir Mohammad, 36, maut di tempat kejadian.

Pusat gerakan itu memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.29 petang sebelum 11 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Kota Belud bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, katanya.

Semasa kejadian, lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke Kota Belud.

-Bernama