Kementerian tarik keluar nasihat 'tiru nada suara Doraemon'
Susulan kritikan meluas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun telah mengeluarkan dua nasihatnya kepada golongan ibu bekerja dan isteri sebelum ini daripada halaman media sosialnya.
Ia juga mengeluarkan suatu kenyataan menjelaskan hasrat di sebalik itu dan "memohon maaf" sekiranya tidak bersesuaian.
"Kami mengambil maklum respon banyak pihak berhubung beberapa tips untuk wanita yang dipromosikan semasa berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melalui poster-poster yang telah disiarkan di media sosial kami.
"Pendekatan yang digunakan adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan untuk mengekalkan hubungan yang positif dalam keluarga dan ketika menjalani fasa bekerja dari rumah.
"Pihak kami memohon maaf sekiranya beberapa tips yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang," kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Saidatu Akhma Hassan.
Dalam satu siri hantaran Instagram semalam, kementerian menasihatkan isteri-isteri untuk tidak bertengkar dengan suami mereka dan sebaliknya mengesyorkan mereka mencontohi suara watak kartun Doraemon untuk menggalakkan pasangan mereka membantu dengan kerja rumah semasa PKP.
Dalam hantaran yang lain, kementerian itu mencadangkan agar ibu bekerja boleh bersolek bagi membolehkan fokus dan produktiviti yang lebih baik. Ia juga mengingatkan agar wanita tidak bekerja terlalu keras sehingga mengabaikan ahli keluarga.
Bagaimanapun kedua-dua hantaran itu sudah dipadam.
Terdahulu, kumpulan hak wanita dan pemimpin politik telah membidas hantaran berkenaan, berkata, kementerian itu seharusnya membantu wanita yang berdepan keganasan rumah tangga dan kebajikan, bukannya memberi tumpuan kepada penampilan dan nada suara wanita.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai