Skip to main
Logo Malaysiakini

Suspek kes rogol ibu tunggal, bunuh lelaki direman 7 hari

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang buruh berusia 19 tahun, yang disyaki terlibat dalam kes merogol ibu tunggal dan membunuh seorang lelaki di Kampung Mujur, Jelawat di Bachok, direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Bachok bagi tempoh sehingga Selasa hadapan.

Polis menahan suspek ketika tidur di sebuah rumah berdekatan tempat kejadian pukul 10.30 pagi semalam, katanya semasa dihubungi hari ini.

Isnin lepas, seorang lelaki berusia 28 tahun maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk seorang ibu tunggal yang turut dipercayai dirogol.

Lelaki berusia 25 tahun itu parah akibat tikaman pada badannya dan sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

- Bernama