Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Perintah berkurung sebulan lagi di Palestin

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Palestin pada Jumaat mengumumkan melanjutkan perintah berkurung selama sebulan lagi untuk membendung penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Presiden Mahmoud Abbas melanjutkan tempoh berkurung selama sebulan, kata setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Palestin Saeb Erekat di Twitter.

Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh sebelum ini berkata, tempoh berkurung bermula 10 pagi hingga 5 petang di semua wilayah.

Setakat ini, Palestin mencatatkan 161 kes disahkan.

-Bernama