Skip to main
Logo Malaysiakini

PKP fasa 2: Soalan lazim MKN berkenaan perkhidmatan penting

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Beberapa kekeliruan timbul susulan fasa kedua perintah kawalan pergerakan (PKP), selepas warta persekutuan pada Selasa lalu menyiarkan senarai yang lebih ringkas dan padat berkenaan perkhidmatan utama yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu.

Susulan itu, beberapa media melaporkan berkenaan beberapa perkhidmatan yang dibenarkan sebelum ini, antaranya jabatan bomba dan penyelamat, kastam, imigresen dan penjara, tiada lagi dalam senarai perkhidmatan penting.

Hari ini Majlis Keselamatan Negara menerbitkan soalan lazim yang telah dikemaskini, yang menyentuh tentang kekeliruan serta beberapa perkara tambahan berkaitan senarai dalam warta persekutuan.

Apakah terdapat sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi semasa PKP Tahap 2 susulan pewartaan P.U.(A)112 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) (Pindaan) 2020?

Susulan pewartaan PU(A)112 yang berkuatkuasa pada 3 April 2020, senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi semasa PKP Tahap 2 adalah seperti berikut:

  • Makanan
  • Air
  • Tenaga
  • Komunikasi dan Internet
  • Keselamatan dan Pertahanan
  • Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pembetungan
  • Penjagaan Kesihatan dan Perubatan termasuk Penokok Diet
  • Perbankan dan Kewangan
  • E-dagang
  • Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  • Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo, pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  • Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
  • Hotel dan penginapan
  • Apa-apa perkhidmatan atau kerja yang ditentukan oleh Menteri sebagai penting bagi atau kritikal kepada kesihatan atau keselamatan awam
  • Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

Perkhidmatan perlu (essential services) lain seperti penyiaran, media, pos, bomba, penjara, imigresen dan kastam tiada dalam 15 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 2. Begitu juga halnya dengan perkhidmatan stesen minyak.

Adakah semua perkhidmatan ini tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP Tahap 2?

Kesemua perkhidmatan perlu (essential services) yang disenaraikan semasa PKP masih dibenarkan beroperasi tetapi waktu operasinya diperketatkan.

Beberapa perkhidmatan yang tidak tersenarai telah dikategorikan dalam kategori baru sebagai contoh; penyiaran, pos, media dikategorikan dalam kategori Komunikasi.

Manakala bomba, penjara, imigresen dan kastam adalah dalam kategori Keselamatan dan Pertahanan.

Bagi perkhidmatan stesen minyak pula, ia adalah di bawah kategori tenaga. 


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.