Skip to main
Logo Malaysiakini

Imam di Perak digalak baca doa tolak wabak guna pembesar suara

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Imam yang bertugas semasa waktu solat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perak digalakkan membaca doa menolak wabak penyakit dengan menggunakan pembesar suara.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin dalam satu kenyataan hari ini berkata doa menolak wabak penyakit itu telah dikongsikan di laman Facebook rasmi jabatan hari ini sebagai panduan.

Selain itu, beliau menasihati pengurusan masjid dan surau supaya tidak memperdengarkan ayat suci al-Quran di corong pembesar suara dengan terlalu kuat ketika pelaksanaan PKP.

"Masjid dan surau yang biasa mengamalkan pemasangan ayat suci al-Quran juga diminta tidak melaungkannya dalam tempoh terlalu lama," katanya.

JAIPk sebelum ini memaklumkan hanya pegawai masjid yang bertugas hadir untuk memenuhi tugas melaungkan azan dibenarkan hadir ke rumah ibadat itu sepanjang PKP. 

- Bernama