Kebanyakan rakyat Malaysia patuhi PKP berdasarkan data Google
Bilangan orang ramai yang mengunjungi premis peruncitan dan pusat rekreasi di Malaysia menurun sebanyak 81 peratus sejak 16 Feb, menurut Google.
Perkara itu didedahkan dalam laporan "perubahan pergerakan” yang bertujuan memberikan maklumat tentang bagaimana penguatkuasaan perintah larangan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan berfungsi.
Laporan terkini itu mengukur data pergerakan pada 29 Mac berbanding satu tarikh sebelum pelaksanaan PKP iaitu pada 16 Feb.
Secara keseluruhannya, PKP dilihat mencapai matlamat utamanya iaitu untuk menguatkuasakan penjarakan sosial.
Menurut data Google, pergerakan ke premis peruncitan dan ke pusat rekreasi menampakkan sedikit penurunan sejak awal bulan Mac dan mengalami penurunan mendadak pada awal minggu pelaksanaan PKP pada 15 Mac.
Bagi kunjungan untuk pembelian runcit dan farmasi, laporan tersebut menyaksikan peningkatan luar biasa - hampir 40 peratus - sejurus sebelum PKP dilaksanakan.
Angka itu kemudian merudum kepada 58 peratus pada 29 Mac.
Begitu juga, trend kunjungan ke taman (termasuk pantai), stesen-stesen pengangkutan awam dan ke tempat kerja yang masing-masingnya menyaksikan penurunan sebanyak 68 peratus, 83 peratus dan 52 peratus.
Bagaimanapun, peratusan trend tersebut meningkat sebanyak 31 peratus di kawasan perumahan, berbanding pada 16 Feb.
Sebaliknya, Singapura yang tidak melaksanakan kawalan pergerakan yang ketat menyaksikan penurunan pergerakan yang tinggi.
Penurunan trafik ke tempat kerja adalah 15 peratus dan 40 peratus bagi ke pengangkutan awam dalam tempoh yang sama.
Manakala pergerakan bagi urusan pembelian barangan runcit hanya menurun sebanyak enam peratus.
Menurut satu kenyataan oleh naib presiden kanan Google Jen Fitzpatrick dan ketua Google Health, Karen DeSalvo, Google menggunakan data pengguna yang tidak dikenali untuk menghasilkan laporan ini.
Mereka juga berkata bahawa ia merupakan data terkini dalam tempoh 48 hingga 72 jam.
Fitzpatrick dan DeSalvo berkata laporan itu berguna untuk membantu kakitangan awam memahami tentang perubahan pergerakan, terutama terhadap waktu bekerja.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai