Skip to main
Logo Malaysiakini

Pilihan raya presiden AS tetap diadakan 3 Nov, kata Trump

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pilihan raya presiden Amerika Syarikat tetap dijangka diadakan pada hari Selasa 3 November, kata Presiden Donald Trump pada satu taklimat media, lapor agensi berita Sputnik

"Pilihan raya umum akan diadakan pada 3 November," kata Trump pada Jumaat apabila ditanya sama ada pandemik Covid-19 akan menyebabkan pilihan raya ditangguhkan.

Trump berkata beliau tidak bersetuju dengan kaedah pengundian secara pos dan mahu ia dijalankan di ruang pusat mengundi.

- Bernama