Skip to main
Logo Malaysiakini

Sumbangan makanan golongan memerlukan dicuri di P Pinang

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Adun Machang Bubok Lee Khai Loon meluahkan rasa kecewa dan terkejutnya apabila bekalan makanan yang disimpan untuk disumbangkan kepada golongan memerlukan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), telah dicuri.

Katanya, kejadian di Bukit Mertajam itu disedari pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam apabila pegawainya pergi ke dewan awam yang terletak di Alma (berdekatan Maybank), kira-kira 30 meter dari pejabatnya.

Pegawainya itu mendapati bangunan tersebut telah dipecah masuk, dan makanan yang disimpan pula hilang, termasuk beras (59 guni), tin sardin (40 tin), mi segera (30 bungkus) telur (10 papan), dan biskut (30 bungkus).

Selain makanan, tiga pendingin udara (jenama Hitachi dan Singer) bersama pemampatnya turut hilang.

Laporan polis berhubung kecurian itu telah dibuat semalam pada jam 4.26 petang.

“Makanan yang dicuri dianggarkan bernilai RM2,000, sementara tiga pendingin udara bersama pemampatnya bernilai kira-kira RM4,000,” kata Lee kepada Malaysiakini.

Lee memberitahu bahawa barangan-barangan berkenaan disumbangkan oleh orang awam dan peruntukan kerajaan negeri.

[Baca berita asal]