Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 29 terkorban di Arab Saudi setakat ini

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Seramai 29 orang di Arab Saudi meninggal dunia akibat Covid-19, dengan 2,179 kes direkodkan setakat ini, kata pegawai kesihatan pada Sabtu.

Empat lagi kematian baru dicatatkan di negara ini, lapor agensi berita Anadolu.

Sementara itu sebanyak 140 kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,179.

Berikutan itu, Arab Saudi mengenakan perintah berkurung di tujuh daerah di wilayah Jeddah, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Aktiviti keluar dan masuk ke daerah di wilayah Jeddah itu juga dilarang.

-Bernama