Skip to main
Logo Malaysiakini

KSU KPDNHEP dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2022, kata SSM dalam satu kenyataan hari ini.

Hasnol menggantikan Datuk Muez Abdul Aziz yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 1 Februari 2020.

Menurut SSM, watikah pelantikan Hasnol telah diserahkan oleh Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nanta Linggi pada 1 April.

-Bernama