Pelarian di Langkawi bebas Covid-19 ketika saringan awal
Pelarian Rohingya yang baru tiba di Langkawi tidak menunjukkan gejala-gejala Covid-19 ketika saringan pemeriksaan kesihatan awal dilakukan.
“Ketika saringan awal dijalankan pada hari Isnin pagi, tiada di antara mereka yang mempunyai demam,” timbalan pengarah operasi Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis, Zulinda Ramly dipetik sebagai berkata oleh The Star Online.
Beliau berkata, semua 202 pelarian, yang terdiri daripada 152 orang lelaki, 45 perempuan dan lima kanan-kanak, telah ditahan di Pangkalan MMEA Bukit Malut.
Menurut Zulinda, dalang kepada bot tersebut telah melompat ke laut dan melarikan dirinya.
Pelarian tersebut tiba melalui bot pada 5 April, ketika Malaysia sedang melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Di bawah PKP, pendatang asing tidak dibenarkan masuk ke negara, manakala rakyat Malaysia pula tidak dibenarkan keluar.
Ia bertujuan untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Setakat tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan 3,793 kes positif Covid-19 dengan 62 kematian.
Seramai 2,490 masih dalam rawatan dan 1,241 telah sembuh.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai