Skip to main
Logo Malaysiakini

Reagen cukup seminggu saja, KKM harap bekalan tiba segera

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seperti kebanyakan negara di seluruh dunia, Malaysia semakin kekurangan reagen atau bahan yang diperlukan untuk membuat ujian Covid-19.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menjangkakan bekalan baru akan tiba dalam masa terdekat.

"Setakat ini reagen boleh tahan hanya seminggu.

"Tetapi kita telah menghubungi pembekal dan diharapkan reagen tersebut akan dibekalkan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Reagen adalah komponen utama dalam kit ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCT) yang digunakan di makmal di Malaysia untuk pengujian virus.

Noor Hisham berkata Malaysia kini menjalankan 9,214 ujian pada hari ini, iaitu di bawah kapasitu ujian harian pada kadar 11,500 ujian sehari.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya akan berusaha mengoptimakan penggunaan reagen berkenaan, antara lain dengan menggunakan satu kit ujian untuk lima sampel.