Skip to main
Logo Malaysiakini

PKPD: Kedutaan diminta sediakan keperluan rakyat mereka

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan meminta kedutaan asing menyediakan keperluan bagi rakyat mereka yang tinggal di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Kuala Lumpur yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata 97 peratus daripada 6,000 orang terjejas ialah warga asing.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Ismail mengingatkan bahawa warga asing di Malaysia adalah tanggungjawab kedutaan masing-masing

Perintah berkurung di dua bangunan di Jalan Masjid India diumumkan semalam selepas 19 kes positif dikesan di premis itu.

Pada masa ini rakyat Malaysia di bawah PKPD dibantu dengan keperluan harian oleh kerajaan.

Ismail berkata selain mendapatkan bantuan kedutaan, warga asing di bawah PKPD boleh membeli barang keperluan dengan membuat pesanan di pusat operasi di kawasan perintah berkurung.

[Baca berita asal]