Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Orang Asli tak dipinggir, bantuan disalur ke 853 kampung’

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Pertahanan Ismail Sabri menafikan Orang Asli dipinggirkan dan tidak menerima bekalan makanan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Suka saya maklumkan bahawa Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah laksanakan agihan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli sejak PKP dikuatkuasakan.

"Bantuan fasa pertama, iaitu daripada 2 April hingga10 April diagihkan kepada 49,670 ketua isi rumah di 853 perkampungan Orang Asli di seluruh negara bernilai RM5 juta.

"Bantuan fasa kedua akan mula 10 April dengan pertambahan penerima 55,000 ketua isu rumah melibatkan RM6 juta," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata bantuan fasa kedua ini sambungan daripada agihan fasa pertama dengan penambahan kepada keluarga pendapatan rendah dan tinggal di kampung tambahan.

"Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa tidak ada peminggiran Orang Asli seperti ditohmahkan oleh pihak-pihak tertentu," katanya.