Skip to main
Logo Malaysiakini

Sesetengah pesakit bukan Covid-19 dirujuk ke hospital swasta

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketika wabak Covid-19 , Kementerian Kesihatan telah mula merujuk beberapa pesakit hospital kerajaan dengan sakit lain ke hospital swasta.

Pusat perubatan swasta ini mengenakan kadar yang lebih rendah daripada biasa kepada kerajaan, kata Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kami juga telah diberikan (kebenaran) oleh kerajaan yang kami boleh membiayai perkhidmatan (dan) menghantar pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta.

"Tetapi kami telah membuat rundingan caj, ia bukan harga biasa yang diberikan kepada kementerian," katanya semasa taklimat Covid-19 harian kementerian hari ini.

Pesakit bukan Covid-19 juga dirujuk ke hospital daerah dan hospital universiti.

Kementerian Kesihatan telah menetapkan 40 hospital di seluruh negara untuk merawat Covid-19 manakala tujuh hospital khusus untuk rawatan pesakit Covid-19.

Pesakit boleh melakukan ujian saringan di 71 hospital.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.