Skip to main
Logo Malaysiakini

Melaka Tengah kini zon merah Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebuah lagi daerah iaitu Melaka Tengah di Melaka dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu sebanyak 26 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi kementerian itu hari ini, daerah berkenaan merekodkan 44 kes positif Covid-19.

Sementara itu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif Covid-19 dengan 427 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 368 dan 328 kes, diikuti Kuching, Sarawak dengan 209 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,148 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 13 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi zon merah seluruh Malaysia.

Perak:

Hilir Perak 66

Kinta 97

Selangor:

Sepang 59

Petaling 328

Hulu Langat 368

Gombak 123

Klang 159

Hulu Selangor 44

Kuala Lumpur:

Cheras 64

Kepong 114

Lembah Pantai 427

Titiwangsa 106

Putrajaya: 49

Negeri Sembilan:

Seremban 197

Rembau 52

Melaka:

Jasin 61

Melaka Tengah 44

Pahang:

Kuantan 53

Jerantut 63

Johor:

Batu Pahat 50

Kluang 176

Johor Bharu 171

Kelantan:

Kota Bharu 86

Sarawak:

Kuching 209

Kota Samarahan 46

Sabah:

Tawau 67

Jumlah: 3,279 kes

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.