Skip to main
Logo Malaysiakini

Iran dilanda gempa bumi 4.7 skala Richter

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Iran digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 4.7 pada skala Richter yang melanda Khoy, wilayah Azerbaijan Barat.

Gempa berlaku pada pukul 5.23 pagi waktu tempatan (0053 GMT) dengan kedalaman 6.75 kilometer, lapor agensi berita Anadolu memetik agensi pengurusan bencana dan kecemasan Turki (AFAD).

Tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda setakat ini.

-Bernama