Skip to main
Logo Malaysiakini

PM dibenar keluar hospital, kematian di UK cecah 10,000 orang

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

KORONAVIRUS l Perdana Menteri Britain Boris Johnson meninggalkan hospital pada Ahad lalu sambil mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital yang menyelamatkan nyawanya dari Covid-19.

Pada masa yangsama, kerajaannya terpaksa terus berdepan dengan wabak koronavirus yang telah meragut lebih 10,000 nyawa di United Kingdom.

Sebelum ini, Britain dua hari berturut-turut melaporkan jumlah kematian meningkat lebih daripada 900. Jumlah kematian pada Jumaat iaitu pada 980 orang melebihi jumlah harian tertinggi yang dicatatkan di Itali, negara paling terjejas di Eropah setakat ini.

Menggambarkan betap buruk keadaan tersebut, buat pertama kali Ratu Elizabeth mengeluarkan mesej “Easter Sunday” pertama sepanjang pemerintahan 68 tahunnya.

"Koronavirus tidak akan menundukkan kita," kata raja berusia 93 tahun itu dalam ucapan keduanya kepada negara dalam tempoh seminggu.

Johnson, 55, dibawa ke Hospital St Thomas di London pada 5 April lalu. Dia kemudian terus dipindahkan ke unit jagaan rapi pada hari berikutnya dan kekal di sana sehingga 9 April.

"Saya dibenarkan keluar hospital selepas seminggu dan telah diselamatkan oleh NHS,” kata Johnson dalam mesej video lima minit yang dipaparkan di Twitter dari 10 Downing Street.

Dia menamakan dan mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang merawatnya, dengan menyebutnya dua orang, Jenny dari New Zealand dan Luis dari Portugal, yang menurutnya sentiasa di samping katilnya selama 48 jam.

- Reuters

[Baca berita penuh]