Skip to main
Logo Malaysiakini

Ikatan: Beri ‘one-off’ RM200 kepada semua penghatar makanan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) mencadangkan kerajaan supaya memberi bantuan ‘one-off’ RM200, kepada golongan penghantar makanan atau “food delivery riders” sebagai menghargai jasa mereka.

Ketua Pemuda DPIM Shahir Adnan berkata, bantuan itu dilihat perlu kerana golongan ini tidak dikategorikan sebagai pemandu “e-hailing”, membuatkan mereka tidak layak untuk mendapat bantuan ‘one-off’ RM500 kerajaan kepada petugas barisan hadapan yang lain.

“Golongan yang bekerja di sektor logistik seperti penghantar makanan ini adalah wira yang tidak didendang, mereka terpaksa keluar dan mendedahkan diri kepada penularan wabak Covid-19 untuk menghantar makanan, kepada kita yang berada di rumah.

“Oleh itu selain cadangan pemberian bantuan one-off RM200 daripada kerajaan, syarikat-syarikat terlibat juga disaran memberikan sedikit bonus kepada mereka, dan tidak menarik balik apa jua bonus yang diberikan kepada mereka dalam tempoh PKP ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, DPIM juga turut menggesa kerajaan agar mewujudkan satu akta khas untuk menjaga kebajikan golongan ini, serta turut meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia, untuk bertindak proaktif bagi menyelesaikan sebarang masalah dihadapi mereka.

- Bernama