Skip to main
Logo Malaysiakini

Senarai berita palsu tular setakat pagi ini

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) menafikan dakwaan bahawa lelaki warga Indonesia yang meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Selamat, Sitiawan disebabkan oleh COVID-19 dan menjelaskan lelaki itu meninggal dunia akibat masalah kesihatan radang otak (meningitis).

2. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan pernah melantik beberapa individu untuk memohon sumbangan berbentuk wang bagi Tabung COVID-19 MBJB dan menjelaskan bahawa Tabung COVID-19 MBJB tidak pernah wujud.

-Bernama