Skip to main
Logo Malaysiakini

Syarikat dikecualikan hanya boleh operasi dengan 70% pekerja

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) disyaratkan supaya mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minimum atau sehingga ke tahap sebanyak 70 peratus daripadajumlah semasa atau yang berdaftar.

Menurut prosedur standard operasi (SOP) Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (Miti), syarikat perlu sentiasa mengamalkan penjarakan sosial di premis.

Mereka juga diwajibkan menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di kilang/premis setiap kali sebelum shift atau operasi bermula. Proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga kali sehari terutamanya di kawasan umum, termasuk di lif, lobi, tandas dan surau.

Waktu operasi akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan - lazimnya antara jam 8 pagi hingga 8 malam - walaupun sektor perkilangan boleh beroperasi sepanjang masa jika membekalkan Miti dengan jadual shift kakitangan.

Setiap pekerja juga mestilah dibekalkan dengan alat pelindung diri (PPE) yang bersesuaian seperti penutup hidung dan mulut (mask), cecair pembasmi kuman peralatan keselamatan yang diperlukan.

Sebagai contoh, bagi syarikat yang mempunyai pekerja yang perlu berurusan kerap dengan orang ramai seperti juruwang dan pekerja kaunter, selain penutup hidung dan mulut, mereka huga perlu dibekalkan dengan face shield visor.

Ini adalah antara peraturan yang dinyatakan di laman web Miti untuk mendapatkan pengecualian PKP.

[Baca berita penuh]