60 kematian di Indonesia dalam tempoh 24 jam
Sebanyak 60 lagi kematian dalam tempoh 24 jam akibat Covid-19 dicatatkan di Indonesia, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama 11 Mac lepas.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 459 kes.
Sebanyak 37 daripada 60 kematian dalam tempoh 24 jam itu berlaku di Jakarta.
Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 241 kes, diikuti Jawa Barat (52 kes), Jawa Timur (41) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 282 kes baharu, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 4,839," katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai