Skip to main
Logo Malaysiakini

SPRM umum pelantikan baru dua pegawai kanan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan pelantikan salah seorang pegawai kanannya yang baru.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) agensi berkenaan berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi satu hebahan media oleh SPRM petang tadi.

Ahmad Khusairi, 52, dilantik menggantikan Azam Baki yang kini berkhidmat sebagai ketua pesuruhjaya SPRM sejak 9 Mac lalu.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai siasatan Badan Pencegah Rasuah pada 1992 dan sebelum ini pernah menjadi pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ahmad Khusairi dilantik sebagai pengarah bahagian perisikan pada 24 Disember 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Norazlan Mohd Razali, 56, pula dilantik sebagai pengarah baru bahagian siasatan bagi menggantikan Ahmad Khusairi, berkuat kuasa tarikh sama.

Norazlan Mohd Razali

Norazlan sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca), Ketua Staff Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).