Skip to main
Logo Malaysiakini

Amerika catat korban terbesar, 2,228 mati dalam tempoh 24 jam

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOABL l Amerika Syarikat (AS) terus menyaksikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 paling ramai, dengan sekurang-kurangnya 2,228 rakyatnya maut dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Johns Hopkins University, peningkatan itu adalah yang terbesar hari ke hari sejak wabak mula melanda.

Agensi berita Sputnik melaporkan keseluruhan kini seramai 25,757 orang meninggal dunia.

Jumlah jangkitan pula melonjak kepada 600,000 kes.

- Bernama