Skip to main
Logo Malaysiakini

Mungkin tiga jenis virus Covid-19 sudah ada di Malaysia

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pelbagai jeni virus Covid-19 mungkin sudah berada di Malaysia ketika negara ini berdepan dengan gelombang kedua kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, kemungkinan itu wujud kerana ramai rakyat Malaysia kembali ke negara ini dari pelbagai lokasi di seluruh dunia dan bukan terhad kepada Wuhan seperti peringkat awal dulu.

"Kita percaya kita sedang berdepan dengan gelombang kedua kes yang diimport kerana pelajar kita atau rakyat Malaysia pulang dari luar negara, bukan saja dari China, malah dari AS, UK dan sebagainya.

"Jadi mungkin kita sudah mempunyai tiga jenis (virus) di negara ini, tetapi kita tak tahu (dengan pasti) sehinggalah kita melakukan pengasingan virus dan menandakannya.

"Selepas itu baru kita boleh bandingkan jenisnya (untuk dikenal pasti) sama ada ia jenis A, B atau C," katanya.

Noor Hisham berkata demikian pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu beliau ditanya mengenai laporan yang mendakwa virus terbabit bermutasi dan jika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebarang perbezaan pada virus berkenaan ketika ini.

Menurut Noor Hisham, KKM belum dapat mengenal pasti jenis-jenis virus Covid-19 kerana ia adalah virus baru dan tiada data yang dapat dijadikan rujukan atau perbandingan.

[Baca berita penuh]