Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Korban di Kanada kini melebihi 1,000 orang

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Seramai 1,010 meninggal dunia akibat Covid-19 di Kanada pada Rabu petang dengan jumlah kes melebihi 29,000, lapor agensi berita Xinhua memetik data rasmi.

Wilayah Quebec mencatatkan 487 kematian, tertinggi dibandingkan dengan semua wilayah.

Ontario wilayah terbesar, melaporkan 51 kematian baru pada Rabu dan 43 pada Selasa, menjadikan angka korban keseluruhan seramai 385 orang.

Quebec mempunyai kes paling tinggi 14,860 diikuti Ontario sebanyak 8,447 kes. Kedua-dua wilayah ini merangkumi 85 peratus daripada keseluruhan jumlah kes di Kanada iaitu 29,379 pada Rabu petang.

Keadaan sangat teruk di Quebec. Perdana Menteri wilayah itu Francois Legault berkata rumah penjagaan orang tua yang dilanda Covid-19, kekurangan lebih 2,000 kakitangan, beliau menggesa doktor dan jururawat untuk menghulurkan bantuan.

-Bernama