Skip to main
Logo Malaysiakini

MITI tarik balik kelulusan 4 syarikat semasa PKP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Setakat hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menarik balik kelulusan terhadap empat buah syarikat yang didapati melanggar syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata siasatan juga sedang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap 35 syarikat yang telah dilaporkan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh MITI.

“Orang awam boleh membuat aduan sama ada secara terus kepada PDRM atau kepada MITI sekiranya mengetahui sebarang kes pelanggaran syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kalangan syarikat,” katanya pada satu sidang media, di Putrajaya, hari ini.

- Bernama