Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Jepun isytihar darurat seluruh negara

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.

Ada beberapa wilayah telah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.