Skip to main
Logo Malaysiakini

Hanya 10 warga M'sia pulang dari luar negara positif Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Hanya 10 rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara dan terpaksa menjalani kuarantin mandatori sejak 3 April lalu yang diuji positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekitar 15,000 orang menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Semalam menandakan hari ke-14 sejak permulaan kuarantin wajib terhadap rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Warga Malaysia ini perlu berada sama ada di bilik hotel atau di kemudahan Institut Latihan Awam.

Sementara itu, Noor Hisham mberkata penyebaran Covid-19 di Hospital Likas, Sabah melibatkan 14 petugas kesihatan.

Kes pertama dalam kluster ini mungkin dijangkiti virus pada majlis perkahwinan di Ipoh, Perak.

"Dalam siasatan, punca jangkitan bukan di wad tetapi di ruang yang sempit seperti di pantri," katanya.

Katanya, mereka yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan 14 individu itu perlu menjalani kuarantin .

Mengenai kluster yang melibatkan kilang di Pasir Gudang, Johor, Noor Hisham berkata kluster tersebut melibatkan 10 individu.

Jelas beliau, perkara yang penting adalah bahawa pihak kesihatan mengambil tindakan segera terhadap kedua-dua kelompok tersebut untuk mengasingkan pesakit dan mengkuarantin kontak rapat.