Skip to main
Logo Malaysiakini

Korban Covid-19 seluruh dunia cecah 150,000

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Angka kematian akibat Covid-19 setakat semalam telah mencecah angka 150,000, berdasarkan perkiraan Reuters.

Kematian pertama berlaku di Wuhan, China, pada 9 Januari.

Covid-19 mengambil masa 83 hari untuk mencatatkan sebanyak 50,000 kematian. Lapan hari kemudian, angka kematian meningkat, hanya kurang lapan kes sahaja untuk melepasi angka 100,000.

Lapan hari kemudiannya, angka kematian meningkat dari 100,000 ke 150,000.

Angka kematian ini masih jauh lebih rendah berbanding selesema Sepanyol (Spanish flu), pada 1918, yang dianggarkan meragut 20 juta nyawa ketika ia akhirnya susut pada 1920.

Covid-19 dipercayai tercetus di pasar Wuhan yang menjual haiwan liar, sebelum merebak pantas ke seluruh dunia. Masih banyak yang tidak dapat dipastikan mengenai wabak itu, kata saintis, termasuklah tahapnya untuk menyebabkan kematian.

Di kebanyakan negara, data rasmi hanya mengambil kira kematian yang dilaporkan di hospital, tetapi kematian di rumah dan pusat jagaan tidak diambil kira.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kes terbanyak penyakit yang menyebabkan gangguan pernafasan itu, dengan 680,000 jangkitan dikesan. Sepanyol di tangga kedua dengan sekitar 188,000 kes, diikuti Itali.