Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis Marin Sabah rampas arak seludup bernilai lebih RM7 juta

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya merampas pelbagai jenis minuman keras dipercayai diseludup masuk ke negeri itu yang dianggarkan bernilai RM7,427,760 di Pekan Menumbok pada 8.15 malam Khamis.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan berkata PPM turut menahan dua lelaki tempatan berumur 33 dan 40 tahun bersama dua buah lori yang digunakan untuk membawa minuman keras itu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat minuman keras diletakkan di bahagian belakang lori yang ditutup dengan kanvas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort di Beaufort semalam.

Beliau berkata antara jenis minuman yang dirampas ialah tiger beer dan heineken sebanyak 5,070 kotak.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.