Skip to main
Logo Malaysiakini

Pesakit Covid-19 M'sia di Singapura meninggal sebab serangan jantung

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 40 tahun yang dijangkiti Covid-19 meninggal di Singapura akibat serangan jantung hari ini.

Kementerian Kesihatan Singapura berkata kematian itu bukan disebabkan oleh komplikasi Covid-19.

"Dia disahkan menghidap jangkitan Covid-19 pada 17 April.

"Penyebab kematian adalah myocardial infarction akut dengan kejutan kardiogenik dan bukan disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19," kata kementerian itu dalam satu kenyataan malam ini.

Sementara itu, Singapura juga menyatakan perkembangan terkini mengenai 942 kes baru di negara jiran itu pada hari ini.

Daripada jangkitan baru itu, seramai 893 orang ialah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama.

"Sebilangan besar kes ini melibatkan orang muda, menghidap penyakit ringan dan sedang dipantau di kemudahan pengasingan komuniti atau di wad umum hospital kami. Tidak ada yang berada di unit rawatan rapi."

27 pemegang permit kerja lain yang tinggal di luar asrama juga dijangkiti.

Bagaimanapun, tidak jelas berapa banyak jangkitan baru ini melibatkan rakyat Malaysia.