Skip to main
Logo Malaysiakini

10 maut dalam serangan tembakan di Kanada

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Sekurang-kurangnya 10 orang maut di Nova Scotia, Kanada selepas seorang lelaki bersenjata yang berpakaian pegawai Polis Diraja Kanada (RCMP) melepaskan tembakan, lapor agensi berita Anadolu memetik polis pada Ahad.

Seorang anggota RCMP turut maut dan seorang lagi pegawai cedera. Suspek kemudian ditembak mati oleh anggota polis.

Tiada butiran lanjut mengenai mangsa yang maut dikeluarkan setakat ini, namun kejadian berlaku di beberapa lokasi di wilayah itu.

Kejadian itu bermula sebelum tengah malam Sabtu dan berlanjutan sehingga Ahad, suspek Gabriel Wortman, 51, memandu sebuah kereta yang diubah suai seperti kenderaan RCMP.

Serangan bermula di sebuah perkampungan kecil Portapique di Nova Scotia, tempat suspek tinggal, dihuni kira-kira 300 penduduk.

Polis masih belum selesai menjalankan siasatan di semua lokasi serangan tetapi mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya 10 mangsa.

Motif kejadian masih disiasat.

- Bernama