Skip to main
Logo Malaysiakini

Bekas MB Pahang curi perhatian, pakai respirator dalam DUN

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Bekas menteri besar Pahang Adnan Yaakob mencuri perhatian dalam Dewan Undangan Negeri kerana memakai respirator ketika sidang berlangsung.

Adun Pelangai memakai alat penapis udara berwarna biru dan merah jambu sedangkan wakil rakyat lain cuma memakai topeng muka pembedahan biasa.

Adun Semambu Lee Chean Chung berkata dewan bersidang cuma sejam dengan beberapa langkah pencehan bagi mengekal Covid-19.

Ini temasukkan menjarakkan tempat duduk dan pemeriksaan suhu badan.

Titah Pemangku Raja Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga disampakan secara video rakaman.

 Sehingga tengah hari semalam, Malaysia merekodkan jumlah kes sebanyak 5,389 dengan 89 kematian.

Seramai 3,197 telah sembuh dan 2,103 sedang menjalani rawatan.

Jika tidak disambung PKP dijadual tamat pada 28 April.