Skip to main
Logo Malaysiakini

PKPD tak jejas bekalan makanan segar dari Pasar Borong KL

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa bekalan makanan segar tidak akan terjejas meskipun kawasan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang kini di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ismail berkata ini kerana pasar borong akan terus beroperasi.

"Kita tidak tutup pasar borong. Kita hanya tutup kawasan kediaman yang kebanyakannya terdiri daripada warga Rohingya yang memegang status Suruhanjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNHCR).

"Pasar akan dibuka seperti biasa," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail sebelum itu ditanya mengenai kesan PKPD di kawasan itu kerana banyak pasar di Lembah Klang mendapat bekalan makanan segar mereka dari pasar borong berkenaan.

Ismail yang juga menteri kanan yang memantau penguatkuasaan PKP memberi jaminan bahawa bekalan makanan segar "lebih dari mencukupi".

"Mengambil kira pengeluaran tempatan, import dan penyimpanan domestik, bekalan makanan stabil, terkawal dan konsisten untuk menampung keperluan negara, malah lebih dari mencukupi," katanya.

[Berita lanjut menyusul]