The Edge Financial Daily tamatkan operasi lepas 13 tahun
Industri media di Malaysia menyaksikan 'korban' pertama akibat wabak Covid-19 dengan berakhirnya The Edge Financial Daily (FD).
Dalam catatan kepada pembaca yang mengumumkan isu terakhir hari ini, penerbit dan ketua pegawai eksekutif The Edge, Ho Kay Tat dan ketua pengarangnya, Azam Aris berkata, FD tidak dapat mengatasi peralihan harian ke operasi digital dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dilancarkan pada Mei 2007 pada awal krisis kewangan global, FD telah bertahan 13 tahun, dengan pengecualian operasi tiga bulan pada 2015 ketika Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin BN ketika itu menggantung permit The Edge berikutan liputannya mengenai skandal 1MDB.
"Malangnya, FD tidak dapat bertahan dari serangan berganda dari peralihan kepada berita digital dan kebuntuan ekonomi kerana pandemik Covid-19.
"Oleh itu, ini akan menjadi isu terakhir FD. Tetapi ini bukan kisah terakhir yang akan ditulis oleh wartawan kami untuk anda,” kata Ho dan Azam dalam satu kenyataan bersama.
Bagaimanapun, The Edge Weekly masih beroperasi seperti biasa.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai