Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Tiada kes aktif di Rembau, jumlah zon merah turun ke 13

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Tiada kes Covid-19 di Rembau, Negeri Sembilan dengan jumlah kes aktif dan zon merah di seluruh negara menurun dari 17 kepada 13 setakat semalam.

Rembau sebelum ini mencatatkan 53 kes, dengan satu subkluster dari pertemuan Sri Petaling dikesan di sana.

Ketika pertama kali dilaporkan pada 8 April, subkluster itu mempunyai 27 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif di Rembau terus menurun, dengan hanya dua kes pada hari Ahad dan tiada kes dicatatkan semalam.

Daerah yang masih berada di zon merah adalah Petaling, Hulu Langat, Klang, Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa, Melaka Tengah, Seremban, Johor Bahru, Kluang, Kuantan, Kuching dan Kota Samarahan.

Cheras, Gombak, Jasin dan Tawau yang merupakan zon merah pada hari Ahad, kini semuanya zon jingga.

Jumlah zon hijau juga meningkat dari 52 pada hari Ahad kepada 56 hari ini.

Zon merah merupakan kawasan yang mencatatkan lebih daripada 40 kes Covid-19 yang disahkan.

Daerah dengan 20 hingga 40 kes dilabelkan sebagai zon jingga sementara daerah yang mencatatkan di bawah 20 kes disenaraikan sebagai zon kuning.

Zon hijau digunakan untuk merujuk daerah yang bebas Covid-19.