Skip to main
Logo Malaysiakini

Nicole lapor polis ugutan terhadap dirinya, anak perempuan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong membuat laporan polis berhubung gangguan seksual terhadap beliau dan anak perempuannya, selepas nombor telefon peribadinya disalahgunakan oleh individu tidak dikenali.

Dalam satu kenyataan, Wong berkata beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini selepas beberapa bulan menerima ancaman.

Malah Wong berkata keselamatan anak perempuannya juga turut diancam.

Selain itu Wong mendakwa nama dan nombor telefon mudah alihnya juga telah salah digunakan bagi aktiviti mengedar beras percuma dan menjual topeng muka, serta aktiviti-aktiviti haram termasuk menjual dadah.

Wong berkata gangguan itu bermula pada bulan Februari dan pada mulanya beliau hanya membiarkannya.

Bagaimanapun, insiden itu berterusan dari masa ke masa, apabila beliau terus menerima pelbagai gambar berunsur lucah dan ancaman gangguan seksual melalui kiriman teks.

Terbaru, Wong berkata terdapat "berita palsu" yang disebarkan bahawa beliau akan mengedarkan topeng muka secara percuma.