Skip to main
Logo Malaysiakini

Kawasan sekitar Selayang Baru dikenakan PKPD

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kawasan ketujuh yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), melibatkan kawasan sekitar Selayang Baru, Selangor.

Pengumuman itu bermakna peluasan penguatkuasaan PKPD sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, yang dikenakan perintah itu pada 20 April lalu.

"PKPD ketujuh bertujuan mengekang penularan Covid-19 selepas mengambil kira jangkitan harian di pasar borong Kuala Lumpur," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Penguatkuasaan PKPD itu bermula hari ini sehingga 3 Mei.

Kawasan yang terkesan ialah:

  • Zon A: Jalan Indah 3 and Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor
  • Zon B: Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor
  • Zon C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 and Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor
  • Zon D: Jalan 3, 5, 7 and 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor
  • Zon E: Jalan 2, 4, 6 and 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor
  • Zon F: Block A, B and C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor

Terdahulu kawasan PKPD di sekitarnya melibatkan:

  • Kawasan A: Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
  • Kawasan B: Jalan 6/3A and 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
  • Kawasan C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
  • Kawasan D: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
  • Kawasan E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
  • Kawasan E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
  • Kawasan E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur
  • Kawasan F: Taman Batu View and Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur

'Bantuan makanan hari ini'

Ismail juga berkata, beliau dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun bahawa bantuan makan terhadap penduduk yang terjejas telah diedarkan oleh agensi berkaitan, hari ini.

"Kita mula edar hari ini. Kita tutup kawasan itu hari ini dan kita mulakan edaran segera agar tidak timbul isu kekurangan (bekalan) makanan," katanya.

Beliau juga berkata penduduk boleh meminta bekalan tambahan untuk barangan keperluan lain, seperti lampin bayi dan susu formula, di pusat operasi PKPD.

Pada Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memohon maaf atas kekurangan bekalan makanan yang diagihkan pada dua hari pertama penguatkuasaan PKPD.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.