Skip to main
Logo Malaysiakini

‘K’jaan benarkan pergerakan mereka yang mahu derma darah’

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan hari ini menggesa penderma darah untuk tampil menderma memandangkan Pusat Darah Negara kini kekurangan bekalan sebanyak 33 peratus sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat kabinet khas hari ini memutuskan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan mereka yang mahu menderma darah.

"Pusat Darah Negara telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan pergerakan penderma darah untuk menderma darah. Mesyuarat telah meluluskan pergerakan itu.

"Mereka boleh menderma darah di hospital dan klinik kesihatan awam dari jam 10 pagi hingga 10 malam (sepanjang tempoh PKP)," kata Ismail Sabri semasa taklimat hariannya di Putrajaya.

Menurut laman web Pusat Darah Negara, penderma digalakkan membawa buku derma darah/slip temujanji /borang pendaftaran penderma darah mereka.

Slip temujanji pendermaan darah boleh didapati di sini.

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi Pusat Darah Negara di talian 03-2613-2688 atau hantarkan e-mel kepada [email protected].