Rusia catat 6,198 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
GLOBAL l Rusia merekodkan 6,198 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu (6,361 semalam), menjadikan keseluruhan kes sebanyak 87,147, kata pusat tindak balas koronavirus pada Isnin.
"Sebanyak 6,198 kes Covid-19 didaftarkan di 84 wilayah. Daripada jumlah itu 2,693 (atau 43.4 peratus) kes aktif, dengan tidak menunjukkan gejala klinikal," kata pusat itu dalam satu kenyataan.
Rusia setakat ini mencatatkan 87,147 kes, kenaikan 7.7 peratus berbanding 80,949 hari sebelumnya.
Semua kes baharu, 2,871 didaftarkan di Moscow, 638 di wilayah Moscow dan 207 di wilayah Nizhny Novgorod, lapor agensi berita Sputnik.
Kematian meningkat lagi 50 menjadikan keseluruhan 794 orang.
Keseluruhan pesakit pulih pula seramai 7,346 pertambahan sebanyak 579 orang.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai