Skip to main
Logo Malaysiakini

Helikopter tentera Kanada hilang di pantai Greece

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL l Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengesahkan helikopter tentera negara itu hilang di luar pantai Greece, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Rabu, militaire.gr melaporkan helikopter Sikorsky CH-124 Sea King, dengan enam penumpang, hilang di 52 batu nautika di barat pulau Cephalonia di Laut Ionian.

Seorang anggota tentera maut dan selebihnya masih hilang.

"Sebuah helikopter Kanada yang terlibat dalam (Operasi) REASSURANCE dengan sekutu NATO hilang di pantai Greece.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pertahanan Harjit Sajjan, dan gerakan mencari serta menyelamat sedang dijalankan. Maklumat terkini akan dimaklumkan secepat mungkin,” kata Trudeau di Twitter pada lewat Rabu.

Menurut Jabatan Pertahanan operasi itu adalah operasi ketenteraan Kanada yang terbesar di luar negara, melibatkan sehingga 915 anggota.

- Bernama