Skip to main
Logo Malaysiakini

Pakar perubatan China kongsi pengalaman rawatan tradisional pada pesakit Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sekumpulan doktor China yang datang ke negara ini untuk berkongsi kepakaran memerangi Covid-19 juga membawa bersama mereka pengalaman mengenai peranan ubat-ubatan tradisional.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, doktor terbabit mencadangkan beberapa rawatan tradisional untuk bertindak sebagai perubatan sokongan ke atas pesakit Covid-19.

"Ia bukan sebagai rawatan (utama) tetapi sebagai complementary (pelengkap) bagi membantu proses penyembuhan dan seumpamanya, kerana Covid-19 tiada penawar lagi.

"Mereka mencadangkan rawatan tradisional seperti akupuntur, herba dan sebagainya yang dipercayai boleh mempercepatkan kesembuhan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Noor Hisham ditanya mengenai perkembangan perbincangan di antara pakar kesihatan Malaysia dan China mengenai Covid-19, termasuk kaedah rawatan yang dikongsikan di sini.

Kata beliau, kedua-dua pihak sudah mengadakan perbincangan dan memperincikan tindakan yang akan diambil seperti dalam aspek kesihatan awam, makmal dan rawatan di hospital.

Menurut Noor Hisham, perbincangan lanjut mungkin akan diadakan lagi selepas ini.

"Rawatan mereka itu - pada pandangan Kementerian Kesihatan - sedikit sebanyak dapat memberi manfaat," katanya.

[Baca berita penuh]