Skip to main
Logo Malaysiakini

Pusat jagaan kanak-kanak dibenar beroperasi dengan SOP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Nota editor: Artikel ini telah dikemas kini selepeas Majlis Keselamatan Negara menerbitkan garis panduan bagi pusat jagaan kanak-kanak. hari ini (2 Mei 2020).


Pusat jagaan kanak-kanak adalah antara aktiviti perniagaan yang akan dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei dengan peraturan yang ketat, termasuk penjarakan sosial untuk kanak-kanak dan melakukan dua kali pembasmian kuman setiap hari.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua kakitangan mesti memakai penutup hidung dan mulut, selain mewajibkan sesiapa yang memasuki pusat jagaan kanak-kanak diambil suhu.

individu yang mempunyai suhu 37.5 darjah celsius dan ke atas tidak akan dibenarkan masuk ke premis. Semua kakitangan juga mesti dilatih dalam kebersihan dan keselamatan.

Pengendali tempat jagaan kanak-kanak juga mesti membekalkan pembersih tangan di premis.

"(Pengendali) mesti memastikan amalan terbaik dari segi penjarakan sosial dan meletakkan penanda onemetre di lantai, terutama di tempat makan dan tempat tidur," kata MKN.

Semua ibu bapa dan kakitangan mesti mengisi borang untuk menyatakan keadaan kesihatan mereka sebelum pusat jagaan kanak-kanak itu dibenarkan beroperasi.

Pusat jagaan kanak-kanak juga diarahkan untuk memberitahu ibu bapa bahawa mereka mesti memandikan anak-anak mereka sebelum dihantar ke pusat tersebut dan mengelakkan hubungan langsung dengan orang tua.

Sekiranya mana-mana kakitangan dikesan mempunyai gejala Covid-19, pengendali tempat jagaan kanak-kanak mesti mengeluarkan individu itu dari premis.

Sekiranya jangkitan Covid-19 disahkan, pusat jagaan kanak-kanak mesti ditutup dengan segera dan jabatan kesihatan terdekat dimaklumkan sebelum menjalankan kerja pembasmian kuman.

Pusat jagaan kanak-kanak hanya dibenarkan mengendalikan pelanggan selama lapan jam sementara pusat-pusat di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan beroperasi.

Sementara itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggesa para majikan untuk merancang kaedah yang membolehkan kakitangan yang mempunyai anak bekerja secara selang seli untuk mengelakkan daripada bergantung pada pusat jagaan kanak-kanak dalam masa terdekat.

Dalam perutusan khasnya hari ini, Muhyiddin berkata, hanya mereka yang tidak mempunyai pilihan yang harus menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat jagaan tersebut.

"Walaupun pusat-pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan SOP kesihatan yang tertentu, saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang untuk menghantar anak-anak mereka.

"Jadi, kalau majikan boleh memberi sedikit kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang bekerja untuk datang ke tempat kerja secara selang-seli, ini boleh membantu menyelesaikan masalah penjagaan anak.

"Hari ini isteri bekerja dari rumah, suami bekerja di pejabat. Esok suami bekerja dari rumah, isteri bekerja di pejabat. Jadi anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan.

"Hanya mereka yang tiada pilihan sahaja menghantar anak mereka. Secara tidak langsung ini dapat mengurangkan jumlah kanak-kanak di pusat penjagaan dan lebih mudahlah untuk penjaga mengurus anak-anak ini mengikut SOP kesihatan yang ditetapkan," katanya.

Walaupun kebanyakan perniagaan akan dibenarkan beroperasi semula pada hari Isnin, status pusat jagaan kanak-kanak tidak dapat dipastikan.

Laman web Majlis Keselamatan Negara tidak menyenaraikan garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengeluarkan garis panduan untuk sekolah walaupun tidak akan dibenarkan dibuka pada 4 Mei.

Garis panduan itu menunjukkan bahawa hanya pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM dibenarkan pulang ke sekolah dalam masa terdekat sementara waktu persekolahan akan terhad pada jam 7 pagi hingga 2 petang.

Apabila sekolah dibuka semula, sekolah mesti memastikan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter, mencatat suhu semua staf dan pelajar, serta mewajibkan penggunaan pembersih tangan atau mencuci tangan dengan kerap.